Assalamualaikum wrt wbt
Baru-baru ini isteri saya yang sedang mengajar murid tahun 5 di sekolahnya, dikejutkan dengan soalan ‘cepu emas’ oleh seorang murid lelaki. Soalannya ialah ; “muallimah (guru perempuan), liwat tu apa yek?” Dalam keadaan terkejut, isteri saya bertanya ; “heh, awak dengar kat mana perkataan tu?” Jawab murid terebut ; “tu dalam tv, surat khabar ada sebut liwat.. liwat tu?”…. tergamam isteri saya dan dia tidak mampu menjawabnya.
Selesai sahaja isteri saya bercerita kepada saya tentang perisriwa tersebut, dia pula bertanya ; “abang rasa macamana nak cerita kat budak-budak tu yek?” saya pula tergamam, tidak mampu menjawabnya. Kalau anda di tempat isteri saya macamana? Ada cadangan jawapan?
Lelaki suka lelaki? Lelaki ‘buat’ sama lelaki? Atau lelaki ‘memasukkan’ x@#$&.....?Apa jawapan yang lebih berlapik bagi anda?.
Saya pun sebenarnya tidak mampu menjawab soalan tersebut. Apa yang saya tahu, media massa sepatutnya lebih beradab dan beretika. Kalau pun orang politik sudah hilang moralnya, janganlah orang media pula terikut-ikut semata mencari keuntungan... biar kita menjadi lebih bertanggungjawab... Liwat adalah isu besar dan memalukan. Tuduhan liwat pula adalah bencana besar yang bisa menghancurkan maruah orang yang tertuduh. Biarlah pihak keselamatan atau institusi keadilan yang menyiasat dan membicarakan isu besar tersebut. (semoga keadilan benar-benar dapat ditegakkan...)
Janganlah pula orang media yang berlebih-lebihan menceritakan situasi peristiwa rogol berlaku hingga menjadi panduan kepada bakal perogol dan peransang kepada orang yang bernafsu buas. Begitulah juga... janganlah galak mengarang dan melapor berita melondehkan keaiban orang lain sehingga akhlak dan akal budi anak-anak kecil kita juga akhirnya terlondeh! Mereka masih terlalu suci fitrahnya untuk dikotorkan dengan maklumat sekeji kalimah ‘liwat’.
No comments:
Post a Comment