Monday, October 20, 2008

Mengikat Bebenang Cinta Pada Sepetang Pertemuan


Alhamdulillah, pada 18hb bersamaan hari Sabtu yang lepas, lebih kurang 30 orang pelajar UMP dari kalangan Sahabat Masjid (SAHAM) datang menziarahi (berhari-raya?) ke pondok tempat kami sekeluarga menumpang teduh. Semoga dengan kehadiran kalian, menambahkan keberkatan teratak kayu kami. Maaflah kiranya jamuan yang dihidangkan ala kadar (mee goreng sotong). Itulah ajer yang sempat disediakan... Walau hangat dengan diskusi topik yang agak berat di selang seli dengan gurau senda hingga menjelang petang, namun jujur saya nyatakan bahawa... membina hubungan dengan kalian benar-benar membahagiakan... pondok kayu usang kami yang dilindungi teduhan rimbunan pepohon itu tampak ceria dengan kehadiran kalian.. terima kasih atas ukhuwwah yang dibina..

Kredit buat isteri tersayang kerana terus berstamina untuk memasak dan melayan tetamu petang itu, walaupun di sebelah paginya telah bertungkus lumus memasak untuk jamuan meraikan lebih kurang 50 orang teman-teman di Majlis Perjumpaan Alumni Al-Azhar Mesir Pahang..

MANISNYA UKHUWWAH.. SEMANIS MAHABBAH..

4 comments:

fakrul radzi said...

salam ust,alhamdulillah dpt jg braye kat rmh ust sebelum pergi LI. Seronok dapat kenal ustaz. Syukran ya ustaz atas segalanya.. Moga kita dpt bertemu lagi untuk mengikat bebenang cinta krn Allah...

Nik Farhan said...

Assalamualaikum warahmatullah... Inilah coretan pertama sy di blog al-fadhil Ust Hazmi yg kami semua kasihi...Terima kasih Ust kerana sudi menerima kunjungan kami walaupun Ust mungkin sibuk & ingin berehat disamping keluarga tercinta dikala hujung minggu..namun Ust masih sudi melayan karenah kami termasuk menjawab soalan2 'panas' daripada anak buah yang sayangkan Islam..InsyaAllah..Moga ukhuwwah kita semua sentiasa mekar sehingga ke syurga..amin..

An Nasrul said...

mana gamba ana ustaz?? sedih la camni...~

Junaidi Al-Putatani said...

Salam ustaz....

Sangat rugi rasanya sy tak dpt beraya di rumah ustaz. tengok kat gambar pun rasa macam seronok je, terikat dengan bebenang cinta...

Insyaallah, tahun hadapan sy pasti tidak akan melepaskan peluang beraya di rumah ustaz...

Ustaz, jemput-jemputlah melawat blog sy yang baru siap dibina, jika punya waktu terluang < alputatani.blogspot.com > :-)