Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "...akan tetapi, jadilah kamu golongan Rabbani, lantaran kamu selalu mengajar Al-Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya" [Aali Imran : 79]
Berasal dari Kampung Selimbar Jerantut Pahang. Lahir pada 27 Jun 1977. Pernah menetap di Kuala Tembeling Jerantut, Beserah dan Balok Kuantan. Sekarang menetap di Kampung Permatang Badak Kuantan Pahang dalam DUN Panching, Parlimen Paya Besar.
Latar belakang pendidikan ; SK Kuala Tembeling Jerantut (1984-1986), SK Beserah Kuantan (1987-1989), SM(A) Al-Ihsan Kuantan (1990-1995), Diploma (Jayyid Jiddan) Maahad Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Negeri Pahang (1996-1998), Kursus Intensif Bahasa Arab (KIBA) AQFA Kuantan (1999), Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Institut Qiraat Al-Azhar Shoubra Mesir.
Pernah bertugas sebagai Imam Sambilan di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan (2002-2003), bertugas sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam (S41) UMP (2003-2010), Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan (S44) Pusat Islam & Pembangunan Insan [PIMPIN] UMP (2011-sekarang).
Tenaga Pengajar dan Penceramah di Masjid dan Surau sekitar Pahang, Penceramah Jemputan Badan-Badan Kerajaan dan Swasta topik kerohanian, pembangunan insan, intergriti, kepimpinan, kerja berpasukan dan seumpamanya, Daie Zakat (sukarelawan) Pusat Kutipan Zakat Pahang, Penceramah tajuk Kepimpinan Kursus Induksi Modul Umum bagi Pengurusan & Profesional serta Sokongan 1, Pembentang Seminar dan Kursus anjuran pelbagai Institusi berkaitan topik agama, dakwah, kepimpinan, nilai-nilai murni dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment