Tuesday, August 17, 2010

Bahkan, Lebih Bangsat Dari Binatang!!!




SANDAKAN [ 3 Julai 2010 ] Mayat seorang bayi perempuan ditemui di tapak pelupusan sampah di Batu 8 Jalan Fook Kim . Sandakan Sabah .

JOHOR BHARU [ 12 Julai 2010 ] Mayat bayi lelaki yang disimpan di dalam sebuah beg plastik di kawasan semak ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu . Johor Bharu .

JOHOR BHARU [ 22 Julai 2010 ] seorang bayi perempuan ditinggalkan dalam sebuah beg berhampiran hentian bas dekat Hospital Sultan Ismail sebelum ditemui seorang pekerja kilang wanita yang sedang menunggu bas di tepi jalan pesiaran Mutiara Emas yang mengesyaki sesuatu apabila melihat sebuah beg bergerak - gerak .

KUALA LUMPUR [ 24 Julai 2010] Mayat bayi perempuan baru lahir yang dibungkus dalam beg plastik ditemui bersama longgokan sampah di Flat Sri KelantanBandar Baru Sentul. Mayat yang masih bertali pusat dan diselimuti dengan kain batik itu ditemui dalam tong sampah oleh pengutip barangan lusuh ketika menggeledah tong sampah di flat itu .
NIBONG TEBAL [ 31 Julai 2010 ] Seorang bayi perempuan yang masih hidup ditinggalkan berbalut dengan plastik dan kertas surat khabar di kaki lima sebuah bangunan kedai di taman Cegar Simpang Ampat .

KUALA LUMPUR [ 6 August 2010 ] seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditinggalkan dalam sebuah lubang paip dalam longkang berhampiran sebuah stesen minyak di Klang Gate.

GEORGE TOWN [ 9 August 2010 ] Janin bayi lelaki dipercayai digugurkan ditemui seorang lelaki pemungut tin kosong dalam tong sampah di Pasar Borong Pulau Mutiara Jalan Makloom.

TAMPIN [ 10August 2010 ] Tidak sampai 4 jam selepas dilahirkan , seorang bayi perempuan terpaksa menahan sejuk lapar sambil menangis akibat ditinggalkan dihadapan sebuah rumah di Air Kuning Selatan dekat Gemencheh .

TANAH MERAH [ 12 August 2010 ] Bayi perempuan masih bertali pusat dipercayai dibuang sejak seminggu lalu ditemui seorang murid di dalam lubang kumbahan najis di belakang asrama sebuah kolej di bandar Bukit Bunga .

MELAKA [ 12 August 2010 ] Bayi baru dilahirkan dan masih hidup ditemui dalam tong sampah berdekatan pondok kawalan sebuah kilang plastik di Ayer keroh . Bayi perempuan yang masih bertali pusat itu dimasukkan dalam sebuah beg pakaian berwarna hitam sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

KELANTAN , MELAKA DAN KUALA LUMPUR [13 August 2010 ] 3 kes lagi pembuangan bayi telah dilaporkan dalam tempoh 24 jam di kelantan , Melaka dan Kuala Lumpur .

PETALING JAYA [ 15 August 2010 ]- Meskipun kerajaan telah mengumumkan akan bertindak tegas terhadap pesalah kes buang bayi, ia masih gagal memberi kesedaran malah perbuatan itu berlaku lagi. Kali ini, mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam sebuah beg sandang yang tersangkut di tebing Sungai Tambun, Kota Damansara di sini hari ini.
Komen saya : Bila hiburan meliar dan berleluasa, kerja haram dianggap biasa (judi, arak dll), hukum Allah dan syariat dijeling penuh curiga, nafsu syahwat bermaharaja lela, insan hilang kemanusiaannya, anak2 kecil inilah menjadi mangsa.. "BINATANG JADI LEBIH BAIK DARI MANUSIA"

2 comments:

The Think Tanker said...

Salam Ustaz...Minta pandangan Ustaz mengenai Sekolah Hamil di Melaka idea Dato' Sri Ali Rustam,Ketua Menteri...Adakah ia membantu kepada gejala sosial kini berleluasa?

AbdInaZ said...

mungkin boleh dikomen juga mengenai cadangan-cadangan untuk 'mengurangkan' kes-kes pembuangan bayi yang sedang hangat diperkatakan sekarang dari kaca mata Islam atau kaca mata Waqi'e masyarakat.

saya mulakan satu contoh. cadangan untuk mengadakan satu sekolah atau tempat jagaan bagi perempuan-perempuan yang hamil meneruskan kehidupan harian. adakah dengan cadangan seperti ini, kita boleh dipersalahkan dengan kata-kata seperti "seperti ingin menggalakkan maksiat pula sebab ada tempat perlindungan", atau "sepatutnya selesaikan punca, bukan dengan ditanggung lagi masalah itu seperti menggalakkan pula" atau "kena gunakan kaedah Islam dalam menangani masalah ini" dan pada masa yang sama, tiada satu kaedah pun yang dirasakan benar-benar Islamik. atau adakah istilah sesuatu kaedah itu boleh jadi Islamik atau tidak Islamik. selain daripada sekadar menguatkuasakan undang-undang Islam sebagai jawapan terakhir semata-mata, tetapi realitinya undang-undang tersebut masih tidak boleh dilaksanakan lagi atas sebab-sebab Waqi'e pemerintahan yang ada.

perlu juga cadangan penyelesaian dalam kerangka yang dibolehkan. persoalan lain, apakah pemisah di antara yang boleh dan tidak boleh dicadangkan di dalam Islam jika kuasanya terhad, tetapi Islam pasti ada jawapan atas setiap persoalan walaupun ada kekangan.

mohon kupasan pandangan.

wassalaam.