Seperti biasa, sekelompok pemuda yang taat menjalankan agama pergi ke masjid Abu Bakar As-Siddiq di
Tatkala Imam masjid datang, para pemuda itu mempersilakannya untuk menjadi pembicara. Analoginya, apabila terdapat air maka batallah tayammumnya (apabila sudah tiba yang lebih layak, maka yang kurang tadi pun berundur) ketika imam itu memulai pembicaraan di hadapan mereka, ia mula menasihati mereka agar orang yang dijadikan pembicara di tempat seperti ini haruslah seorang yang menguasai Al-Quran, baik hafalan, bacaan, keilmuan mahupun pemahamannya. Selain itu, juga harus banyak menghafal hadis-hadis Nabi sehingga ia layak untuk duduk di tempat yang mulia ini (sebagai pemberi tazkirah atau penceramah).
Para pemuda itu merasa dalam keadaan gelisah yang amat sangat di hadapan hadirin yang sudah akrab dengan mereka, sedang Imam itu menanggapi mereka seperti orang jahil yang berbicara tanpa ilmu yang selayaknya.
Salah seorang pemuda tidak dapat menahan rasa jengkelnya kemudian berkata ; ”wahai Sheikh, kami tidak menganggap diri kami Ulama’, tidak pula Fuqaha’ (ahli fekah). Kami hanyalah mengerjakan setiap apa yang kami pelajari kerana dalam hadith Rasul s.a.w. disebutkan, ”Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat”. Jadi, kami hanyalah pengikut (sunnah tersebut) dan kami tidak berbicara kecuali yang kami tahu”
Di sinilah salah seorang yang hadir dalam majlis itu berumur dalam lingkungan lebih 70 tahun turut memberi pandangan, menyatakan pendapatnya berkenaan permasalahan itu kepada Imam tersebut. Katanya ;
”Sheikh yang mulia, jikalah pendapat anda betul (kena lengkap semua disiplin ilmu Islam baru layak berceramah), maka sesungguhnya pendapat itu akan tertuju (terlebih dahulu) kepada Rasulullah s.a.w, iaitu sepatutnya Rasulullah s.a.w. tidak memulai dakwahnya kepada seluruh manusia sehinggalah Al-Quran diturunkan semuanya. Setelah (sempurna penurunan Al-Quran) itu, barulah Rasul s.a.w. menyampaikan khabar gembira dengan dakwah Islam.Tetapi yang kami dapati, Rasulullah s.a.w. memulakan dakwahnya (bermula) dari ayat pertama yang yang turun kepadanya hinggalah sempurnanya Islam. Kemudian Rasulullah s.a.w. wafat setelah turunnya ayat – Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu dan telah Aku cukupkan kepada kamu nikmatKu, dan Aku redha Islam itu menjadi agamamu – (ayat 3 surah Al-Maidah).”
Sheikh (Imam) itu terdiam dan para pemuda tersebut kaget. Setelah itu, kelompok pengajian itu berlanjutan atas perlindungan Allah. Peristiwa itu tidaklah membuatkan hubungan para pemuda (dakwah) dengan Imam masjid tersebut berkurang, juga penghormatan mereka terhadapnya malah mereka (para pemuda tersebut) mengambil faedah dari ilmunya (Imam itu)
[petikan cerita dari catatan Abbas As-Sisi dalam buku Hikayaatun ’anil Ikhwan]
Moral cerita :
- Dakwah adalah tanggungjawab semua orang Islam yang mengetahui sesuatu dari urusan agama walau pun sedikit untuk disampaikan dan dikongsi dengan mereka yang belum tahu.
- Untuk melaksanakan tanggungjawab dakwah samada melalui tazkirah, ceramah, nasihat, tulisan dan sebagainya tidaklah disyaratkan mesti pakar dalam semua bidang atau disiplin ilmu pengajian Islam.
- Rasulullah s.a.w. dan para sahabat terus gigih menyampaikan dakwah Islam setakat mana ayat-ayat Al-Quran yang turun dan tidak menunggu Al-Quran turun keseluruhannya, baru mula berdakwah.
- Sampaikan ilmu dan kefahaman Islam kepada orang lain bersungguh-sungguh setakat ilmu yang kita miliki di samping berusaha meningkatkan ilmu dari masa ke semasa.
- Dalam berdakwah, elak dari menceburkan diri dalam perbahasan atau menyampaikan fatwa dan pengajaran yang kita tiada ilmu tentangnya sehinggalah kita mempelajari dan memahaminya.
- Walau bagaimana pun, usaha memperkasakan kefahaman Islam dengan besungguh-sungguh mempelajari serta mengkaji disiplin ilmu-ilmu Islamsecara mendalam adalah amat dituntut demi memastikan kefahaman kita terhadap Islam tepat dan tidak terseleweng.
No comments:
Post a Comment