Alhamdulillah, pada hari Sabtu malam Ahad 21hb baru-baru ini, saya telah menyampaikan ceramah agama di Masjid Sultan Ahmad Shah, Bandar Pusat Jengka atas jemputan Imam masjid tersebut yang juga merupakan bekas rakan sekerja saya semasa bertugas di masjid Negeri pada tahun 2003 dahulu. Tajuk ceramah ialah “Dakwah Musa a.s. ; Teladan Buat Umat”. Di sini saya catatkan beberapa point penting ceramah tersebut:
1. Di antara method berkesan yang diperkenalkan oleh Al-Quran dalam pendidikan ialah method perkongsian cerita. Kadang-kadang dengan perkongsian cerita lebih memberi bekas dan memperkukuhkan ingatan terhadap pengajaran yang disampaikan berbanding menyampaikan pengajaran tersebut secara direct.
2. Firaun adalah sekadar pelakon bagi satu watak manusia yang diperkenalkan oleh Al-Quran. Pelakon akan bersilih ganti, tetapi watak tersebut akan terus berulang di sepanjang sejarah kemanusiaan. Di zaman Nabi s.a.w. pelakon yang memegang watak seperti Firaun ialah Abu Jahal. Dalam peperangan Badar sebaik sahaja Abdullah Bin Mas’ud membawa kepala Abu Jahal yang dipancungnya, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud ; “Inilah Firaun umat ini”. Ini kerana penentangan Abu Jahal kepada dakwah Nabi s.a.w. adalah disebabkan kepentingan kedudukan dan sikap bermaharajalela yang dimilikinya walaupun ia sudah kematian hujjah untuk menolak kebenaran Islam sama seperti sikap dan perangai Firaun. Di zaman kita ini, siapa pula pelakonnya? Firman Allah s.w.t. :
Sesungguhnya pada yang demikian itu (kisah Musa dan Firaun) terdapat pelajaran bagi orang yang takut (kepada Tuhannya). [An-Naziat : 26]
3. Firaun adalah seorang penguasa yang melakukan kezaliman bermaharajalela, memecahbelah perpaduan rakyat (antara bangsa Qibti dan Bani Israel) dengan mewujudkan jurang ekonomi yang ketara antara keduanya supaya mereka tiada ruang bersatu bagi menjamin kekuasaannya tidak dicabar! Firaun menekan dan menindas Bani Israel dengan menjadikan mereka buruh-buruh kasar dan kuli yang diperah tenaga dan keringatnya. Firaun juga telah memperkenal dan menguatkuasakan akta pencegahan demi kelangsungan kekuasaannya dengan mengarahkan dibunuh mana-mana anak lelaki yang lahir dari kalangan Bani Israel semata-mata kerana berita yang tersebar bahawa akan lahir pejuang pembebasan dari kalangan Bani Israel walaupun tiada bukti kukuh atas dakwaan tersebut Allah s.w.t. menceritakan ;
Sesungguhnya Fir'aun Telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya
4. Ibu Nabi Musa diilhamkan oleh Allah dengan dua bentuk arahan ; iaitu menyusukan anaknya dan menghanyutkan anaknya di sungai Nil. Demikianlah, perintah Allah s.w.t. terkadang datang dalam bentuk yang kita sukai serta sesuai dengan kehendak kita dan terkadang datang dalam bentuk yang susah dan sukar kepada kita. Kewajipan kita ialah menerima serta melaksanakan kesemuanya dengan hati yang redha. Di sebalik perintah yang sukar itu biasanya ada jaminan kemudahan dan pertolongan dari Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. :
Dan kami ilhamkan kepada ibu Musa; "Susuilah Dia, dan apabila kamu khawatir terhadapnya Maka jatuhkanlah dia ke sungai (Nil). dan janganlah kamu khawatir dan janganlah (pula) bersedih hati, Karena Sesungguhnya kami akan mengembalikannya kepadamu, dan menjadikannya (salah seorang) dari para rasul. [Al-Qashas : 7]
5. Allah Maha berkuasa apabila menyempurnakan cahayanya dengan mentakdirkan Nabi Musa a.s. dibesarkan di istana Firaun itu sendiri. Ketika Islam ditekan dan ditindas, kadang-kadang tanpa di sangka-sangka isa bangkit dicelah-celah jahiliyyah itu sendiri!
Maka dipungutlah ia oleh keluarga Fir'aun yang akibatnya dia menjadi musuh dan kesedihan bagi mereka. Sesungguhnya Fir'aun dan Ha- man beserta tentaranya adalah orang-orang yang bersalah. Dan berkatalah isteri Fir'aun: "(Ia) adalah penyejuk mata hati bagiku dan bagimu. janganlah kamu membunuhnya, Mudah-mudahan ia bermanfaat kepada kita atau kita ambil ia menjadi anak", sedang mereka tiada menyadari. [Al-Qashas : 8-9]
6. Terus menerus menghubungkan diri dengan Allah adalah faktor kekuatan di dalam dakwah. Dalam kita berstrategik, jiwa yang dihubungkan dengan Allah s.w.t. akan dilindungi oleh Allah dari musibah atau pun tergelincir dari landasan dakwah. Perintah Allah s.w.t. ;
Pergilah kamu beserta saudaramu dengan membawa ayat-ayat-Ku, dan janganlah kamu berdua lalai dalam mengingat-Ku [Tho Ha : 42]
7. Dakwah adalah gerakan yang pro-aktif, tidak hanya menunggu-nunggu tanpa sebarang tindakan dan usaha. Di samping itu, pentingnya pendekatan yang lunak mendahului pendekatan keras. Penguasa yang sekejam Firaun pun, Allah s.w.t. perintahkan agar didepani dengan cara yang lunak dan perkataan yang baik. Firman Allah s.w.t. ;
Pergilah kamu berdua kepada Fir'aun, Sesungguhnya dia Telah melampaui batas; Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, Mudah-mudahan ia ingat atau takut. [Tho Ha : 43-44]
8. Walaubagaimana pun, ini tidak bermakna pendekatan kasar dan keras tidak dibenarkan secara mutlak. Musa a.s. sendiri mengungkapkan kalimah ; “celaka kamu” apabila Firaun dan pengikutnya tetap menentang dakwahnya dan mengatur tipudaya walaupun sudah jelas hujjah dan bukti yang dibentangkan. Firman Allah s.w.t. ;
Maka Fir'aun meninggalkan (tempat itu), lalu mengatur tipu dayanya, Kemudian dia datang . Berkata Musa kepada mereka: "Celakalah kamu, janganlah kamu mengada-adakan kedustaan terhadap Allah, Maka dia membinasakan kamu dengan siksa". dan Sesungguhnya Telah merugi orang yang mengada-adakan kedustaan. [Tho Ha : 60-61]
9. Dalam melaksanakan gerakkerja dakwah kita mestilah menanamkan keberanian ke dalam jiwa dan keyakinan bahawa Allah bersama-sama kita. Tiada yang mampu memberi mudharat dan manfaat tanpa seizinNya. Begitulah juga kita sewajibnya mengetahui keutamaan. Nabi Musa a.s. diperintahkan oleh Allah s.w.t. agar mengusahakan dahulu pembebasan Bani Israel dari penjajahan dan tekanan Firaun sebagai keutamaan. Kerana umat yang disekat hak kebebasannya, hidup di bawah tekanan dan ancaman, tidak dibenarkan untuk berfikiran kritis, nescaya mereka tidak akan mampu untuk menilai dan menerima kebenaran dengan sebaiknya. Jiwa dan diri mereka mesti dimerdekakan terlebih dahulu... Firman Allah s.w.t. ;
Allah berfirman: "Janganlah kamu berdua khawatir, Sesungguhnya Aku beserta kamu berdua, Aku mendengar dan melihat". Maka datanglah kamu berdua kepadanya (Fir'aun) dan Katakanlah: "Sesungguhnya kami berdua adalah utusan Tuhanmu, Maka lepaskanlah Bani Israil bersama kami dan janganlah kamu menyiksa mereka. Sesungguhnya kami Telah datang kepadamu dengan membawa bukti (atas kerasulan kami) dari Tuhanmu. dan keselamatan itu dilimpahkan kepada orang yang mengikuti petunjuk. [Tho Ha : 46-47]
10. Firaun telah mengumpulkan cendekiawannya dari kalangan tenaga pakar dalam bidang ilmu sihir untuk menghadapi Musa a.s. Golongan tenaga pakar sihir tersebut terlebih dahulu meletakkan syarat dengan memohon kedudukan dan imbuhan sekiranya mereka berjaya mengalahkan Musa a.s. Firaun berjanji kepada mereka dengan suapan imbuhan dan kedudukan tersebut. Firman Allah s.w.t.:
Dan beberapa ahli sihir itu datang kepada Fir'aun mengatakan: "(Apakah) Sesungguhnya kami akan mendapat upah, jika kamilah yang menang?" Fir'aun menjawab: "Ya, dan Sesungguhnya kamu benar-benar akan termasuk orang-orang yang dekat (kepadaku)". [Al-A’raf : 113-114]
11. Ahli sihir akhirnya mengaku kalah dan tersujud akur dengan kebenaran dakwah Nabi Musa dan Harun. Akhirnya mereka bersama Musa dan Harun beriman kepada Allah s.w.t. Melihat keadaan yang demikian, serta merta Firaun mewujud dan menguatkuasakan ‘akta anti lompat’nya iaitu memotong tangan dan kaki ahli sihir secara bersilang dan menyalib mereka pada pangkal pohon kurma sebagai hukuman atas sokongan ahli sihir kepada Nabi Musa dan Harun dan dakwaan adanya konspirasi antara mereka sebelum pertemuan tersebut.Allah s.w.t. menceritakan keadaan tersebut di dalam firmanNya ;
Lalu tukang-tukang sihir itu tersungkur dengan bersujud, seraya berkata: "Kami Telah percaya kepada Tuhan Harun dan Musa". Berkata Fir'aun: "Apakah kamu Telah beriman kepadanya (Musa) sebelum Aku memberi izin kepadamu sekalian. Sesungguhnya ia adalah pemimpinmu yang mengajarkan sihir kepadamu sekalian. Maka Sesungguhnya Aku akan memotong tangan dan kaki kamu sekalian dengan bersilang secara bertimbal balik, dan Sesungguhnya Aku akan menyalib kamu sekalian pada pangkal pohon kurma dan Sesungguhnya kamu akan mengetahui siapa di antara kita yang lebih pedih dan lebih kekal siksanya". [Tho Ha : 70-71]
12. Keimanan isteri Firaun, Asiah adalah bukti bahawa hidayah adalah milik Allah s.w.t. Tidak mustahil sesiapa pun boleh memperoleh hidayah Allah s.w.t. Sebab itulah usaha dakwah mesti diperhebatkan. Firman Allah s.w.t. ;
Dan Allah membuat isteri Fir'aun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata: "Ya Rabbku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam firdaus, dan selamatkanlah Aku dari Fir'aun dan perbuatannya, dan selamatkanlah Aku dari kaum yang zhalim. [At-Tahrim : 11]
13. Akhirnya, Firaun yang merasa tergugat lantaran ramai kalangan rakyat yang menyokong dakwah nabi Musa a.s. akhirnya merancang pembunuhan Nabi Allah tersebut. Allah s.w.t. mengarahkan Nabi Musa dan para pengikutnya dari kalangan bani
Maka kami hukumlah Fir'aun dan bala tentaranya, lalu kami lemparkan mereka ke dalam laut. Maka Lihatlah bagaimana akibat orang-orang yang zalim
Sekian.
No comments:
Post a Comment