Wednesday, March 30, 2011

MENGHADIRI SEMINAR BALDATUN TOYYIBAH MODEL UTHMANIYYAH

Syukur Alhamdulillah, pada 29 Januari 2011 yang lalu, saya dan isteri (sambil seminar sambil jumpa isteri - dating di seminar) dapat menyertai Seminar Baldatun Toyyibah Model Uthmaniyyah yang telah diadakan di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Program anjuran Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor (PUMSEL) bersama Jabatan Sejarah Tamadun Islam, Universiti Malaya ini telah mendapat sambutan lebih kurang 200 orang peserta daripada institusi, jabatan kerajaan, universiti dan orang perseorangan.

Program yang bermula dari jam 8.pagi hingga 5 petang ini diisi dengan beberapa kertas kerja berkaitan Khilafah Uthmaniyyah dari pelbagai sudut dan bahasa oleh para pembentang. Seronok juga sesekali "meransang dan menghangatkan" otak dengan seminar ilmiah ni...

Sebahagian peserta sedang tekum mendengar pembentangan.
saya dan isteri kat hujung tu.. tengah khusuk mendengar
Ustaz Anuar Zainal Abidin (Mantan Pengarah KUSZA) sedang mengajukan persoalan

Prof Madya Ahmad Zaki (penyelia PHD Ustaz Mansor UMP), Dr Imaan dan Dr Yasmin Hanani
Dari Kiri Ustaz Rumaizi (Timb Pengerusi PUMSEL), Ustaz Zamri (Pengerusi PUMSEL), Dato Wan Mohamad (KP JAKIM), Prof Madya Dr Fauzi Deraman (NYDP PUM) dan Dr Roslan (Ketua Jabatan Sejarah Tamadun Islam)

Thursday, March 24, 2011

Berleluasanya Kelucahan!

Assalamualaikum wrt wbt

Ramai kawan-kawan bertanya, apa komen dan pendapat saya tentang RAKAMAN VIDEO SEKS yang sedang hangat didedahkan oleh pihak-pihak tertentu dan disebar luaskan berita ini oleh pihak media dengan dikaitkan bersama seorang pemimpin dari pakatan pembangkang. Saya tidak berminat untuk mengulas dari sudut politik yang saya kira semakin hari semakin kotor, hina, keji dan bebal. Saya cuma ingin bangkitkan beberapa perkara yang saya kira turut memerlukan kepeduliaan kita :

1- Isnin lalu, video seks tersebut dipertontonkan kepada wartawan dan editor akhbar media perdana dan media alternatif di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur. Soalnya, sejak bila tayangan video seks menjadi HARUS dan secara terang-terangan didedahkan di media? Penguatkuasa agama negeri, JAKIM dan sebaris dengannya tak buat apa-apa tindakan ker?

2- Tak ada undang-undang berkaitan pornografi ker dalam negara kita terhadap tayangan video seks tersebut? Trio 'T' tu takkan lepas begitu saja selepas mengadakan tayangan perdana seks kepada orang ramai (wartawan).

3- Nama tokoh pembangkang yang dikaitkan itu telah diwarwarkan, sedang siasatan belum dibuat, perbicaraan belum berjalan dan yang tertuduh belum didapati bersalah (sama macam kes liwat). Dalam Islam yang menuduh tanpa saksi dan bukti tersebut boleh dikenakan hukuman QAZAF, iaitu 80 kali sebatan. Kecualilah yang menuduh tu ORANG GILA.

Banyak lagi sebenarnya nak tulis, tapi malaslah nak layang beria-ria sangat isu ni. Layan orang gila, dengan kita-kita jadi gila! Huduhnya politik tanpa akhlak Islam!

Monday, February 28, 2011

Mantan PM Turki Necmettin Erbakan Meninggal

Necmettin Erbakan

Perdana Menteri Turki pertama dari partai berhaluan Islam, Necmettin Erbakan tutup usia (meninggal). Necmettin Erbakan yang merupakan guru politik bagi Erdogan dan Abdullah Gul wafat (meninggal) dalam usia 85 tahun.

Erbakan menjadi perdana menteri selama satu tahun sampai 1997 ketika ia dipaksa mundur oleh angkatan bersenjata Turki yang berhaluan sekuler garis keras.

Tahun berikutnya Partai Kesejahteraan yang ia pimpin dilarang sedangkan Erbakan sendiri dilarang berpolitik selama lima tahun karena melanggar konstitusi.

Partai AK yang sekarang berkuasa di Turki mewarisi ideologi yang mendasari Partai Kesejahteraan.

Erbakan adalah seorang profesor dalam bidang mekanika yang oleh para pengikutnya dikenal dengan sebutan Hodja atau guru.

Dua di antara anak buah Erbakan di Partai Kesejahteraan adalah Presiden Abdullah Gul dan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan.

"Kami akan selalu mengenangnya dengan penuh syukur sebagai guru dan pemimpin," kata Erdogan.

Erbakan meninggal di sebuah rumah sakit di Ankara ketika sedang menjalani perawatan penyakit jantung.

http://us.detiknews.com/read/2011/02/27/205835/1580775/934/mantan-pm-turki-necmettin-erbakan-wafat

Monday, January 17, 2011

Berkemas Untuk ke Syurga

Assalamualaikum wrt wbt

Semalam menyampaikan kuliah maghrib di Masjid Kg. Mahkota Kuantan, ibrah (pengajaran) dari surah Yaasin. Masuk ayat 53 hingga ayat 58. Ya Allah.. seronoknya menyelam dalam lautan mutiara wahyuMu. Cerita semalam ialah cerita Syurga bersulam cinta dan nikmat keabadian...

Penghuni syurga teramat sibuk dengan kenikmatan. Dihiasi cahaya yang gilang-gemilang. Persekitaran yang tidak panas dan tidak terlalu sejuk. Bersama isteri-isteri serta bidadari memadu kasih di pelaminan empuk, menikmati buah-buahan syurga. Tiada kalimah secantik bahasa yang mampu terungkap bagi menggambarkan hakikat sebenar akan kenikmatan taman syurgawi itu...

Namun, yang paling menggetarkan hati adalah saat diziarahi Yang Maha Pengasih. Seakan terlupa segala nikmat yang lain, lantaran pertemuan itu adalah kemuncak segala nikmat.. Bayangkan... seorang mukmin selama di dunia... ia hidup kerana Allah, beribadah kerana Allah, menahan diri kerana Allah, berjuang dengan harta dan jiwa raga untuk Allah.. maka di saat itu, ia berpeluang untuk bertemu dan melihat Allah.. Adakah lagi nikmat yang lebih hebat dari pertemuan itu???

Ya Allah.. terima kasih kerana memberi peluang pada hatiku untuk merasai sentuhan lembut dan bahagia dari kalamMu ini...

InsyaAllah, kami akan bersiap dan berkemas untuk ke SyurgaMU.. bimbinglah kami.